Tuesday, October 20, 2009

Dame Zoete Sarah



************************************************************************

Review (credit to :www.jemariseni.com):

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

*****************************************************************

- Best novel ni... wpun 1st time baca hasil tulisan penulis ni

- Aku beli kat rythm last month...

- salah satu koleksi novel dari Jemari Seni...

- untuk lebih lanjut pasal novel ni boleh refer kat sini

p/s: kalau korang nak baca reviewnyer pliz highlight entry ni.... aku pun tak tau napa dier tak mau tukar warna kat font tu...


Thursday, October 15, 2009

Novel Bulan Ini....

Hahaha... tetiba hobi aku nak beli novel menjadi-jadi lagi... bulan ni jerk 3 novel aku dah beli n 2 dah habis baca... tinggal satu jerk lagi....

Antara koleksi aku bulan ini :

Gerimis Rindu :



Sinopsis

- novel pertama aku beli lps gaji...
- beli kat Ryhthm pt raja... 1st time baca hasil tulisan penulis ni..
- not bad citernyer... boleh tahan... dalam 2 hari dah habis baca...

Baju Pengantin Mak Andam :



Sinopsis

- punyer lama aku cari... akhirnya baru dapat beli last friday kat POPULAR BP Mall...
- start baca dari online nyer e-novel..
- best... inipun dah 2 hari aku habis baca n makcik aku pun dah pinjam...

Panggil Aku Dahlia



Sinopsis

- novel jemari seni...
- baru mula baca tapi belum habis lagi sebb baca masa hari bekerja..
- kalau cuti ni dah lama abis kot...
- beli skali ngan beli Baju Pengantin Mak Andam...

Tuesday, September 15, 2009

Hahaha... laju ker?

Kamu mencapai 131 markah, jadi kamu berada di posisi 7781 dari 12587 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 208 aksara seminit
you mendapat 28 perkataan betul dan
kamu mendapat 3 perkataan salah


Speed test

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


credit to : http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm


***************************************************************************************************************************************

so kengkawan marilah reramai kita puasa esok hari.......

Thursday, July 23, 2009

Happy Birthday To My Son...

ADAM...
Ummi n Abah ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama..

Hari ini genap setahun mengikut tahun masihi Adam dilahirkan...


Gambar pada 25 Julai 2008.. (masa ni tunggu nak kuar dari spital)

Dilahirkan pada 23 Julai 2008 bersamaan 20 Rejab 1429 jam 1559... di Bilik Bedah Hospital Batu Pahat... seberat 2.49 kg..

Kalau ikut tahun Hijriah, hari ini genap setahun sebulan Adam lahir...

Ummi n Abah doakan Adam akan menjadi :
  • Anak yang soleh
  • Anak yang mendengar kata
  • Berbudi perkerti
  • Berjaya samada kehidupan di dunia mahupun di akhirat...
Insya-Allah.... Amiiinnn...

Luv u so much.... muah... muah... muah...



Gambar diambil pada 13 Julai 2009
(suka sangat main dalam kotak ni... rasa macam dalam bot kot... hehehe..)

Wednesday, July 22, 2009

Aktiviti Hujung Minggu.... Part 1

Ni aktiviti hujung minggu aku n family serta adik beradik aku yang lain... masa ni awal bulai Mei kot....

Saja bawak mak aku menenangkan fikiran... actually ni rentetan yang BBQ hari tu.... dan aktiviti ni sebenarnya adalah aktiviti yang dirancang tetapi saat akhir berlaku perubahan... bukan aper perubahan tempat jerk...

Disebabkan semua Abg Zam n Family serta K Ayu n Family nak balik kg so aku ajak Abg Ly buat 'picnic' kat Wetworld, Batu Pahat.. Saja bawak bebudak ni jejalan...

Sekali tu dier kata tak best... lgpun lena bayar... n tak bley bw makanan... nanti kalau bebudak dah siap mandi mesti lapar giller....

So kitorang tukar plan, ubah tempat n Abg Ly suggest buat kat Gunung Lambak,Kluang.. Lgpun c2 ada air terjun...

Ok gak tu....

Tapi sampai masa Abg Zam tak bley balik... cm K Ayu jerk ada... n kitorang suggestka kat dier... Dier setuju.... dalam setuju tu plak kuarlah kata-kata... "Kalau pi gunung ledang pun ok gak.. dah half way akak nak balik KL ni..."

La plak... nak ubah Gunung Ledang ker.... Aku tak kisah(sebab dah lama tak pi)... hubby aku ikut jerk.... Abg Ly pun tak kisah... so kitorang pun akhirnya pi Gunung Ledang... Pergi konvoi 3 family... Balik... 2 family balik Johor... n 1 family lagi balik KL..

So ni ler gambar2... posing yang sempat di snap....

Sofa Make Over

Before...



After...



Mmm... nilah hasil make over yang telah dibuat... hehehe... tapi kat kedai kusyen ler.... bukan D.I.Y..

Aku mana ada kemahiran D.I.Y... so tahun ni tak payah beli baru.... makeover sedia ada jerk.... :)