Friday, April 16, 2010

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

Salam...

Semalam biler bukak email... ada satu email ni yang menyedihkan aku... agak2... kalau jd kat anak kita mampukah kita menghadapinya... aku bc sambil nangis n tak sanggup rasernyer nak tgk gambor2 yang diattachkan....

aku rasa ini salah satu cara yang aku boleh tolong.. copy n paste dlm blog aku supaya semua org bley baca... hopefully anaknyer akan kembali sihat seperti anak2 kita yang lain... Amin...

Untuk pembaca yang lain, aku rasa boleh ler copy n emailkan pd kengkawan yang lain ataupun copy dlm blog korang sbg salah satu usaha membantu hamba Allah ini...

************************************************************************************

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM
Muar.
Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan
dari
pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed
Helmi
berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang
40
minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana
tidak
mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa
anak
saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana
kekurangan
oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada
darah
lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa
yang
doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya
rasakan
hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat
saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama
seperti
saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan
anak
mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan
anak
mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan
yang
lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin
dan
bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang
mereka
berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi
belum
boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang
dimasukkan
terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air
liur
kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman
pada
paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor
sukar
mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak
bengkak.
Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana
dicucuk
ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana
kesan
kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang
menanggung
semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna
tiub,
tak tahu menelan...kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin
dalam
kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir,
begitu
besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini
adalah
ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana
Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian
dapat
meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak
saya
pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah.
Jika
permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar
anak
saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada
otaknya.
Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya
Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda
rakan-rakan
kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana
dia
terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat,
pengalaman
dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my . Di sini
saya
sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian
amalkan
jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah
maha
mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi
1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta
hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,
man
dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU
nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan
jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula
nyawa
Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.





Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula
ialah
masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan
jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher
dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.





Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan
dimasukkan
melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU
kerana
saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah
atas
ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari
kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar
seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang
baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa
yang
tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

********************************************************************************