Showing posts with label apa-apa jerk. Show all posts
Showing posts with label apa-apa jerk. Show all posts

Tuesday, January 5, 2021

NTAH DAH RUPA APA BLOG NI

Pergh... ni mmg dah bersawang habis... dah bertahun2 tak masuk blog... har3

So lepas ni nampaknya kena rajin update nampaknya.

InshaAllah lepas ni dah ada content. Kita cuba ea... he3


Saturday, April 20, 2013

Dah bersawang rupanya...

Salam...

Pergh... lama giller tak update blog... sampai pasword pun lupa... he3... nasib la ingat semula... :D

Banyak benda nak cerita tapi tak berkesempatan... kerja yang agak banyak di samping melayan kerenah anak2... lg2 bila adawiyah dah sekolah darjah 1.... Amran pun dah pandai melompat... :D blog Homestay pun tak sempat update walaupun ada tempahan... tempahan still jalan mcm biasa... lagi2 bila cuti sekolah... sampai tak menang tak en hubby...

hr ni br sempat nak update blog.. dan banyak resepi yg nak dikongsikan... TUNGGU!!!...

Friday, July 27, 2012

Rumah Singgah-singgah Ala-ala Homestay....

Rumah singgah-singgah ala homestay kini dibuka untuk tempahan (Untuk Penyewa Muslim Shj) :

Sila layari : http://rumahsinggah-singgah.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut..

Lokasi : Taman Universiti Parit Raja
Jenis rumah : Rumah Teres 2 Tingkat
Harga Promosi (sehingga 31 Dis 2011): RM150/malam (bagi lebih 2 malam... harga boleh dirunding semula)
Sesuai untuk keluarga yang ada urusan Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen, Pendaftaran Pelajar dan Lain-lain Aktiviti Keluarga


************************************
Fasiliti :
+++++++++
3 Bilik Tidur
2 Bilik Air
Peti Sejuk 2 Pintu
Mesin Basuh Automatik
Ruang Tamu/Istirehat
Ruang Solat/Istirehat
Ruang Dapur
Ruang Makan
Siaran ASTRO

Kemudahan (Taman Universiti)
++++++++++++++++++++++++++
McDonald
Kedai Makan 25 Jam
7-Eleven
Dobi
Kedai Makan Pelbagai (Makanan Arab, Steamboat, Western)
COSWAY, Mini Market
Pasar Malam (Setiap hari Rabu)


Kemudahan (Pekan Parit Raja)
++++++++++++++++++++++++++
KFC
Pasaraya Wellward
Rangkaian Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank)
Rangkaian Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
Rangkaian Kedai Kerepek


Jarak perjalanan
+++++++++++++++++
Taman Universiti ->Plaza Tol Ayer Hitam /Pekan Ayer Hitam - (+-17km)
Taman Universiti ->Pekan Parit Raja - (+-5km)
Taman Universiti ->UTHM dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM Sri Gading) -
(2.5km)
Taman Universiti ->Batu Pahat Mall - (12km)
Taman Universiti ->Square One Mall / Carrefour - (15km)
Taman Universiti ->Summit Parade Batu Pahat- (17km)
Taman Universiti ->Hospital Batu Pahat - (19km)

************************************
Tempahan :
+++++++++++++
Dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum menginap
Bayaran deposit dikenakan
Tertakluk kepada Terma & Syarat

Sila hubungi Gee : 0133407654


************************************
Galeri :
+++++++++
Ruang Tamu

Bilik Tidur 1 (Katil Queen Size, Almari Baju, Meja Tepi, Meja Solek dan Kipas Dinding) - Tingkat Atas


Bilik Tidur 2 (Katil Queen Size, Almari Baju, Meja Tepi, Meja Solek dan Kipas Dinding) - Tingkat Atas

Bilik Tidur 3 (Katil Queen Size dan Kipas Dinding) - Tingkat bawah

Ruang Solat/Istirehat (Tingkat Atas)

Dapur

Ruang Makan

Sunday, December 18, 2011

STICKY POST : Bila Bayi Menangis, Pasti Ada Yang Tak Kena.

Bila bayi menangis, biarpun ditengah malam, si ibu dan mungkin juga bapa akan terus bertindak bagi memastikan bayi tersebut sentiasa berada dalam keadaan selesa dan ceria.

Namun, kadang-kadang, macam-macam dah dibuat, tapi bayi tetap tak berhenti menangis.

Baru je menyusu. Cek lampin, ok je. Ruam pun takde. Dah puas dodoi, tak juga berhenti merengek.

Mana tau kot-kot ada �benda-benda� halus mengacau. Teringat pulak ustaz kata ada sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak, namanya Ummu Sibyan. So, baca ayat kursi dan tiup-tiup kat telinga baby, tak jadi jugak.

Orang tua-tua kata, biarlah budak tu menangis, nanti dah puas, pandai jugak dia berhenti sendiri tu. Betul ke tu?

So, apa nak buat? KLIK SINI

Thursday, April 21, 2011

Adakah anda yakin Taska anak anda selamat?

Jika dahulu, wanita tempatnya di rumah menguruskan keluarga tetapi peningkatan taraf hidup masa kini menjadikan kebanyakan ibu terpaksa keluar bekerja dan sekali gus membuatkan anak-anak terpaksa tinggal di rumah pengasuh atau taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Tahukah anda, lebih daripada 2000 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar? Mahukah anda mengambil risiko? Ada juga ibu bapa yang ‘cuba’ hantar anak ke Taska tanpa betul-betul memastikan criteria penting sesuatu Taska. Akibatnya, anak yang dihantar 2 atau 3 hari pulang bertemu Pencipta dan tidak kembali lagi.

"Ibu bapa seharusnya memastikan sendiri ciri-ciri Taska atau rumah yang menempatkan anak mereka itu benar-benar berdaftar, keselamatan terjamin, penjagaannya selesa selain makan dan minum yang sempurna buat anak-anak", kata Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Shamsinar Sharif dalam Harian Metro, 25 Februari 2011.

Ya! Itulah tanggungjawab ibu bapa yang sebenarnya sebelum menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan atau kepada pengasuh. Bukannya terus mencampak anak-anak ke tempat tersebut dan membiarkan pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas mereka sesuka hati. Jadi, sebagai seorang ibu bapa, anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang Taska dan tahu sebab-sebab anda harus memilih perkhidmatan Taska.

Tetapi, bagaimana caranya? Klik link di bawah sekarang! Pelbagai Aspek Berkaitan Pemilihan Taska Didedahkan Dalam Ebook Panduan Memilih Taska!

Saya yakin, anda tentu tidak akan menyesal.

Sunday, March 27, 2011

Bersawang dah upanya...

Lamanya tak update blog ni ... dah bersawang dah pun... tak menyempat plak nak update...

Sepanjang masa ni mmg agak sibuk ngan pelbagai aktiviti antaranya meeting, bengkel dan aktiviti terbaru adalah balik Kedah...

Selalunya balik kg ni masa Cuti Tahun Baru Cina... ttp disebabkan anak2 semua jatuh sakit... terpaksa tunda ke cuti sekolah bulan Mac... itupun terpaksa amik hujung cuti sekolah memandangkan awal cuti sekolah semua anak2 sedara balik umah menjenguk neneknya...

Amik cuti 3 hari start Rabu dan telah berada di Johor semula hari Ahad...

Dan seperti biasa kalau balik mesti ada jer barang yang dikirim... dan ada ler jugak barang2 yang dicari untuk dijual disini..

Antara baran yang menjadi pilihan kali ini adalah.... BOLA... bola ni aku tak pernah nampak lagi kat Johor... so tuk anak2 aku rembat 2 biji... n aku ada beli lebih untuk jual kat kengkawan... :D

So kengkawan opis yang dah beli tuk anak2 diorag tu... mekasih ea... kalau ada sesapa nak... bley ler beli ngan aku... harga tak ler mahal... RM15 jerk... dan bola nya adalah seperti di bawah...

credit pic to : FB Sarena Kadeni

Saturday, November 6, 2010

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

credit to : http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/602-doa-khusus-elak-rogol-a-cabul--amalkanlah.html

*************************************************************************

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

Wednesday, November 3, 2010

Solat Selepas Haid...

*****************************************************************

dapat dari blog Cik Fa. So credit to her blog...

*****************************************************************

kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan

ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Friday, October 22, 2010

Taman Herba UTHM...






Bebudak ni sibuk nak amik gambor kat Taman Herba... jd aku layankan jerlah... tp ms ni belum ada pokok lagi....

so... layanz..........

Thursday, October 14, 2010

10.10.10 ( 10 Oktober 2010 )

Cantikkan tarikh tu... Sudah semestinya kita mengharapkan pada tarikh tersebut akan dilalui dengan saat-saat manis ataupun indah dalam seumur hidup kita... namun tak semua orang melalu perasaan itu... mungkin ada juga yang menghadapi saat-saat paling sedih dalam hidupnya dan contoh paling besar adalah kejadian kemalangan yang melibatkan 12 nyawa di lebuhraya pedas-linggi.... Takziah diucapkan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan itu...

Ok... berbalik pada yang asal... ada 2-3 perkara gak yang melibatkan aku n ahli kuarga pada tarikh ni...

10 Oktober 2010 - UTHM menganjurkan Majlis Konvokesyen yang ke-10. Pada majlis ini juga diadakan Majlis Pemasyhuran Pro-Canselor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Pada Majlis Konvokesyen ini juga , buat pertama kalinya kalau aku tak silap, hari pertama ada 2 sidang... kalau konvo sebelum-sebelum ni satu sidang jerk... dan sebab majlis konvokesyen ni gak... aku tak ikut family aku pi Perak.....

10 Oktober 2010 - Kakak aku a.k.a Pn Zulina @ K Ayu, melangsungkan perkahwinannya di Perak... K Ayu ni sebenarnya sepupu yang mak aku jaga dari kecik lagi sampai dah besar... la ni aku plak jadi mcm mak aku jaga anak k ayu ni kat Johor.. tp jg dah besar ler... lps suami pertama k ayu ni meninggal...

mesti korang tertanya napa buat kat Perak, napa tak kat Jhor... sebab ayah dia merangkap pak ngah aku duduk kat perak.... Insya-Allah kalau takder aral... adalah kendurinya kat Johor nanti...

10 Oktober 2010 - Seperti yang aku citer kat atas tadi... ini merupakan tarikh kesedihan buat mereka yang terlibat dalam kemalangan meragut 12 nyawa tu... dan suami aku n family antara yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa on the way balik ke Johor setelah melihat Majlis Pernikahan K Ayu...

Adalah dalam 3 jam gak tersadai kat highway tu... aku risau gak kalau2 naka2 aku kelaparan dalam keta tu... sampai keta pun kena mati enjin... takut minyak abis...

Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah 12++ tgh malam... masing-masing sampai dengan muka kepenatan + kelaparan... Nasib baik aku dah standby masak kat umah.. sian kat Mr Hubby sbb dah ler drive sorang... Isnin plak keja.... tp nak buat camner... kita semua hanya mampu merancang... Allah jua yang menentukannya.....

Wednesday, October 13, 2010

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Dah terperasan ms hari tu... kat FB Hazman buat giveaway ni untuk 50 bloggers wanita... so apa salahnya kan join...

Man... jgn lupakan Gee... gee nak gak... he3...

**********************************************************************************

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM dan dalam entry tue

link ke blog ini – http://hazmanfadzil.com

Setiap post entry yang telah diupdate sila letakkan link blog anda di ruangan

komen untuk rujukannya.

50 blogger wanita yang berjaya akan dihubungi melalui email masing2x.

Sungguh MUDAH bukan…. Jangan buang masa – jadilah 50 blogger terawal !!!

Tuesday, October 5, 2010

Foremilk & Hidmilk

**********************************************************

credit to : http://hanisamin.com/blog/breastfeed/foremilk-hindmilk/**********************************************************

Foremilk ialah susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

Hindmilk pula susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai tongue. Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Kedua-dua komponen ni sangat penting untuk bayi. Jadi, kalau kita sering bertukar-tukar B pada masa sekejap bayi cuma akan dapat susu cair dan tak dapat khasiat sepenuhnya.

Allah dah jadikan susu ibu tu sangat istimewa. Komponen susu ibu berbeza mengikut cuaca, umur malah bayi itu sendiri. Semasa cuaca panas susu awal akan lebih banyak dan membolehkan bayi menghilangkan dahaga. Manakala, masa sejuk susu pekat lebih banyak untuk menambah lemak.

Susu seorang ibu dengan ibu yang lain pun ada berbeza sedikit apatah lagi kalau diberi susu formula. sebab tu susu yang paling baik adalah susu dari ibu bayi sendiri. Paling baik secara direct breastfeeding, kemudian susu perahan fresh, diikuti susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan. Lepas tu barulah susu ibu dari ibu yang lain. Subhanallah, hebatnya Allah kan.

Supaya bayi dapat khasiat sepenuhnya, susukan bayi sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk sebelah B. Kalau bayi boleh minum sampai B betul-betul kosong lebih baik. Kemudian baru offer sebelah lagi kalau dia masih lapar.

Kalau dia dah kenyang, yang sebelah tu boleh la diperah untuk dijadikan stok supaya B tak bengkak sebelah.

Friday, September 10, 2010

Kehilangan....

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya.... Hari ini juga, 1 Syawal, aku kehilangan satu-satunya atuk aku (bapak pada mak aku) lebih kurang jam 1.20 tgh hari tadi...

Baru semalam aku datang melawat... dan tengahari tadi, belum sempat kami sekeluarga beraya ke rumah atuk... berita sedih ini yang diterima....

Sedih memang sedih... tak sangka baju pagoda yang aku belikan semalam dia pakai pagi ini...

Walau apapun takziah buat mak n makcik/pakcik ku atas kehilangan ayahanda tercinta... semoga roh Allahyarham di tempatkan si kalangan orang-orang yang beriman dan beramal doleh... Amin...

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran Buat Semua...

Salam aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambutnya... Mohon maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan samada secara langsung atau tidak langsung... Mohon dihalalkan termakan,terminum, terhutang [apa saja... hutang kerja, duit.. masa.. etc] dan apa-apa saja...

Semoga semua selamat dalam perjalanan pergi-balik ke kampung... doakan kami juga selamat pergi-balik [Johor-Kedah]... Berhati-hati ketika memandu... kawal perasaan, jaga emosi [biasalah... temp mesti naik time sesak-sesak ni...] kena sabar lebih [peringatan buatku jua... he3..]

Hari raya ni jemputlah ke rumah.... [x raya pun bley datang umah... tp kalau time raya... kuih tgh banyak ler... :D] Yang tak tau camner nak datang.. bley contact...

Apapun Selamat Bercuti, Selamat Berhari Raya, Selamat Memandu... n selamat semuanya dari kami sekeluarga..

- Gee, Amri, Adawiyah, Adam n Ammar-

Tuesday, August 17, 2010

Puasa, Hujan n Demam...

Alhamudillah... hr ni dah masuk hari ke-7 berpuasa dan aku rasa tak salah untuk aku mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam di dunia... Happy Fasting Month... he3... wpun dah agak terlambat tapi rasanya masih belum terlewatkan...

Bulan posa tahun ni suasana redup jerk... mata pun rasa kuyu jerk... sbbnya tgh jatuh ms musim hujan... so biler petang... hr pun ujan... pi PARAM pun hujan tgh renyai2... menyebabkan fikir banyak kali nak pi ngan anak2/pergi sendiri... lg2 plak ibu menyusukan mcm aku ni sbb org2 tua kata ibu menyusu jgn kena ujan nanti effect kat anak yg disusukan.. iyerk ker? agaknyer ader effect gak kot... :D

dan bulan puasa kali ini juga membuatkan aku belajar untuk bersabar bilamana anak2 aku diserang demam... termasuklah Ammar... still sampai tika ini demam, selsema, batuk bergilir2 menyerang diorg... dan yg buat aku kesian bila Ammar pun kena batuk yg kalau kita org dewasa ni pun sama-sama merasai bila batuk tu mula menyerang dier... paling kesian bila waktu malam n aku pun jd tak cukup tidur sbb bila dier dah batuk mmg redanya hanya bila dier muntahkan kahak tu... terasa-rasa tekak aku yg gatal biler dier batuk... kesian Ammar..:(

aku pun agaknya dah terjangkit selsema dr anak2 aku... Adawiyah pun sekolah on off jerk.. apapun aku harap semuanya akan kembali sihat lebih2 lagi Ammar.. kalau ler boleh biar aku yg gantikan tempat dier dr dier yg menanggungnya...

Tuesday, August 3, 2010

Before n After

Lepas pi umah atuk... petang tu gak menyempatkan diri pi pt raja... pi potong rambut budak ber2 ni....

yg request adawiyah sbb rambut dpn dah tutup mata... nak belajar n buat keja umah susah... yg jadi mangsa sekali Adam... he3... nangis2 ms kena gunting rambut... akak plak steady jerk... cayalah akak..

Before

After

Before

After

Kenduri Tahlil Kuarga...

Lps pi family day... balik umah dl, solat n terus pi umah atuk... sampai sana majlis tgh berlangsung... tak lama sesi makan-makan plak... so layanz..........

Ain n Adam...

Mak , mak ngah n cik mut...

Tumpang sekaki potong kek...

Menu n hadirin yang ada...

Bakal Imam muda... he3..

Family Day UTHM 2010

Hari Ahad lepas, 1/8/2010 UTHM buat Family Day UTHM... tp tak buat kat luar... buat kat UTHM gak....

Aku tak join acara pun... yg join anak2 aku... Adawiyah, Adam n Ain... i2pun dalam pertandingan kumpulan sorak... diorang main tangkap muat jerk... ha3...Kumpulan kitorang kumpulan onde-onde... PPA, HEP n Pej Pendaftar.. adam dapat hadiah saguhati pertandingan baby fotogenik... oklah tu... lgpun niat nak masuk pun untuk suka2 jerk..

hr tu gak buat pertama kalinya aku dpat cabutan bertuah... dapat ler termos buat isi air panas kalau nak buatkan susu ammar n adam... lps dapat cabutan bertuah aku pun terus balik sebab kat umah atuk ada plak buat tahlil kuarga... iyerlah majuk tak dapat hadiah besor... he3...

so meh layan gambor2 yg sempat ditangkap... :)

Gambar yg di hantar untuk pertandingan baby fotogenik

Belon Perasmian

Kumpulan sorak Onde-onde

"Onde-onde.... Onde-onde...
Onde-onde Masuk Padang...
Semua orang pandang-pandang...
Onde-onde pasti menang....."


Adawiyah n Adam

K Faizah n anak-anak...
K ida n Su

Adawiyah , Adam n Hadrami

Zul n Nana
K Pooja n family

Babysitter Adam ... he3..

Tuesday, June 29, 2010

isk... isk... isk...

Mm.... semalam bawa Ammar pi klinik....

Iyerlah untuk pemeriksaan 30 hari.... aku n Ammar kena check ler.... Ammar kena suntik Hep B tuk kali ke-2... Nangis gak ler dier.... sikit jerk... Punyerlah aku pakaikan baju takder lengan... uper2nyer inject kat kaki... cheh... camnerlah bley tak ingat... pdhal Adam belum pun 2 tahun tp aku dah lupa semuanya... ha3.... Ammar dah naik lg 200g menjadikan beratnya 3.3kg... Alhamdulillah... membesar gak anak ummi...

mm.. aku plak... biler timbang cumer kurang 7kg++ jerk... maknanya kalau tolak berat Ammar ms kuar aritu (2.71kg) + berat uri + berat darah n air yg kuar... akunyer berat cm trn dlm 3kg++ jerk la... mm... kena exercise lebh la lps ni... ha3.... kalau msk the biggest loser asia bley tak? he3..

Sunday, June 13, 2010

Bola... Bola... Bola....

Mmm... nampaknya demam bola dah bermula.... tp disebabkan aku tak minat bola... aku tak amik pusing ler... kekadang jerk tumpang sekaki sbb hubby aku dah bukak channel Sport.. dah takder yg lain... tertengk ler juga....

sempena demam bola ni, aku peratikan hubby aku sanggup berjaga malam mcm aku gak... tp bukan sbb nak jg Ammar.... sebab nak tgk bola....

ok gak ler... kurang2 ada gak yang menemankan aku time Ammar bangun nak menyusu.... boleh la... dari berjaga sorang... hik3...