Friday, September 10, 2010

Kehilangan....

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya.... Hari ini juga, 1 Syawal, aku kehilangan satu-satunya atuk aku (bapak pada mak aku) lebih kurang jam 1.20 tgh hari tadi...

Baru semalam aku datang melawat... dan tengahari tadi, belum sempat kami sekeluarga beraya ke rumah atuk... berita sedih ini yang diterima....

Sedih memang sedih... tak sangka baju pagoda yang aku belikan semalam dia pakai pagi ini...

Walau apapun takziah buat mak n makcik/pakcik ku atas kehilangan ayahanda tercinta... semoga roh Allahyarham di tempatkan si kalangan orang-orang yang beriman dan beramal doleh... Amin...

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran Buat Semua...

Salam aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambutnya... Mohon maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan samada secara langsung atau tidak langsung... Mohon dihalalkan termakan,terminum, terhutang [apa saja... hutang kerja, duit.. masa.. etc] dan apa-apa saja...

Semoga semua selamat dalam perjalanan pergi-balik ke kampung... doakan kami juga selamat pergi-balik [Johor-Kedah]... Berhati-hati ketika memandu... kawal perasaan, jaga emosi [biasalah... temp mesti naik time sesak-sesak ni...] kena sabar lebih [peringatan buatku jua... he3..]

Hari raya ni jemputlah ke rumah.... [x raya pun bley datang umah... tp kalau time raya... kuih tgh banyak ler... :D] Yang tak tau camner nak datang.. bley contact...

Apapun Selamat Bercuti, Selamat Berhari Raya, Selamat Memandu... n selamat semuanya dari kami sekeluarga..

- Gee, Amri, Adawiyah, Adam n Ammar-

Sunday, September 5, 2010

MyMohes....

Hari ni bukak email n dapat email dari Dr Mohd Amri bin Lajis ( Ketua Jabatan Pengurusan Data )...

Antara kandungan emailnya yg buat kitorang tersenyum lebar ..
..

"...
Alhamdulillah keputusan yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana UTHM telah berada di kedudukan tertinggi/teratas sekali (markah keseluruhan 93 %) utk keseluruhan kategori yang dinilai dimana kita telah mendapat tempat pertama untuk kategori penghantaran awal (markah 100% - hanya UTHM shj dianugerahkan), tempat pertama utk kategori kesempurnaan data yg dihantar (markah 90%) dan tempat kedua utk kategori kualiti data yg dihantar (markah 90% dibelakang UMP). "

Tahniah semua... berbaloi usaha semua pening kepala untuk complete kan MyMohes ni... lain kali kusutkan kepala lagi yerk... he3....

Saturday, September 4, 2010

Line Mengong....

Mm... certain pages jerk bley bukak... itupun sangkut2....

Menyebabkan aku memaksimumkan tahap kesabaran aku sbb pages yang aku nak surfing tak bley bukak... ha3...