Tuesday, October 20, 2009

Dame Zoete Sarah



************************************************************************

Review (credit to :www.jemariseni.com):

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

*****************************************************************

- Best novel ni... wpun 1st time baca hasil tulisan penulis ni

- Aku beli kat rythm last month...

- salah satu koleksi novel dari Jemari Seni...

- untuk lebih lanjut pasal novel ni boleh refer kat sini

p/s: kalau korang nak baca reviewnyer pliz highlight entry ni.... aku pun tak tau napa dier tak mau tukar warna kat font tu...


No comments:

Post a Comment