Saturday, April 20, 2013

Dah bersawang rupanya...

Salam...

Pergh... lama giller tak update blog... sampai pasword pun lupa... he3... nasib la ingat semula... :D

Banyak benda nak cerita tapi tak berkesempatan... kerja yang agak banyak di samping melayan kerenah anak2... lg2 bila adawiyah dah sekolah darjah 1.... Amran pun dah pandai melompat... :D blog Homestay pun tak sempat update walaupun ada tempahan... tempahan still jalan mcm biasa... lagi2 bila cuti sekolah... sampai tak menang tak en hubby...

hr ni br sempat nak update blog.. dan banyak resepi yg nak dikongsikan... TUNGGU!!!...

Friday, July 27, 2012

Rumah Singgah-singgah Ala-ala Homestay....

Rumah singgah-singgah ala homestay kini dibuka untuk tempahan (Untuk Penyewa Muslim Shj) :

Sila layari : http://rumahsinggah-singgah.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut..

Lokasi : Taman Universiti Parit Raja
Jenis rumah : Rumah Teres 2 Tingkat
Harga Promosi (sehingga 31 Dis 2011): RM150/malam (bagi lebih 2 malam... harga boleh dirunding semula)
Sesuai untuk keluarga yang ada urusan Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen, Pendaftaran Pelajar dan Lain-lain Aktiviti Keluarga


************************************
Fasiliti :
+++++++++
3 Bilik Tidur
2 Bilik Air
Peti Sejuk 2 Pintu
Mesin Basuh Automatik
Ruang Tamu/Istirehat
Ruang Solat/Istirehat
Ruang Dapur
Ruang Makan
Siaran ASTRO

Kemudahan (Taman Universiti)
++++++++++++++++++++++++++
McDonald
Kedai Makan 25 Jam
7-Eleven
Dobi
Kedai Makan Pelbagai (Makanan Arab, Steamboat, Western)
COSWAY, Mini Market
Pasar Malam (Setiap hari Rabu)


Kemudahan (Pekan Parit Raja)
++++++++++++++++++++++++++
KFC
Pasaraya Wellward
Rangkaian Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank)
Rangkaian Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
Rangkaian Kedai Kerepek


Jarak perjalanan
+++++++++++++++++
Taman Universiti ->Plaza Tol Ayer Hitam /Pekan Ayer Hitam - (+-17km)
Taman Universiti ->Pekan Parit Raja - (+-5km)
Taman Universiti ->UTHM dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM Sri Gading) -
(2.5km)
Taman Universiti ->Batu Pahat Mall - (12km)
Taman Universiti ->Square One Mall / Carrefour - (15km)
Taman Universiti ->Summit Parade Batu Pahat- (17km)
Taman Universiti ->Hospital Batu Pahat - (19km)

************************************
Tempahan :
+++++++++++++
Dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum menginap
Bayaran deposit dikenakan
Tertakluk kepada Terma & Syarat

Sila hubungi Gee : 0133407654


************************************
Galeri :
+++++++++
Ruang Tamu

Bilik Tidur 1 (Katil Queen Size, Almari Baju, Meja Tepi, Meja Solek dan Kipas Dinding) - Tingkat Atas


Bilik Tidur 2 (Katil Queen Size, Almari Baju, Meja Tepi, Meja Solek dan Kipas Dinding) - Tingkat Atas

Bilik Tidur 3 (Katil Queen Size dan Kipas Dinding) - Tingkat bawah

Ruang Solat/Istirehat (Tingkat Atas)

Dapur

Ruang Makan

Tuesday, January 31, 2012

Muhammad Amran Firdaus...









Dilahirkan pada 10 Januari 2012 jam 11.20 pagi secara ceasarian di Hosital Batu Pahat dengan berat 2.78kg.

Buah hati yang ke-4 dan hero yang ke-3... cian kat kakak.. dia sorang jer heroin...

Baru jer baik dari jaundis pada hari ke-18...

Sudah mencecah 3.7kg pada hari ke-20...



Sunday, December 18, 2011

STICKY POST : Bila Bayi Menangis, Pasti Ada Yang Tak Kena.

Bila bayi menangis, biarpun ditengah malam, si ibu dan mungkin juga bapa akan terus bertindak bagi memastikan bayi tersebut sentiasa berada dalam keadaan selesa dan ceria.

Namun, kadang-kadang, macam-macam dah dibuat, tapi bayi tetap tak berhenti menangis.

Baru je menyusu. Cek lampin, ok je. Ruam pun takde. Dah puas dodoi, tak juga berhenti merengek.

Mana tau kot-kot ada �benda-benda� halus mengacau. Teringat pulak ustaz kata ada sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak, namanya Ummu Sibyan. So, baca ayat kursi dan tiup-tiup kat telinga baby, tak jadi jugak.

Orang tua-tua kata, biarlah budak tu menangis, nanti dah puas, pandai jugak dia berhenti sendiri tu. Betul ke tu?

So, apa nak buat? KLIK SINI

Wednesday, July 27, 2011

CARA PEMAKANAN RASULULLAH

kredit to : Lia


Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,
sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..
dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan dia
Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Saturday, July 23, 2011

3 in 1

3 in 1? apa tu? mcm nescafe jerk...

Takderlah... sebenarnya definisi 3 in 1 dalam entry ini adalah 3 destinasi satu perjalanan... mesti korang pening kan... sebenornya nak cerita.... last weekend aku, hubby n anak2 pi 3 tempat dr selatan ke utara.... ha3... mesti korang tak cayakan...

Kitorg memulakan perjalann Jumaat petang... lebih kurang pkl 4.00 br msk hoghway Ayer Itam... menuju ke destinasi yang pertama... KL... sbb mlm tu hubby aku ada dinner ofis dier kat KLCC... pergh... Alhamdulillah... walaupu hujan lebat dr johor ke kl... kitorng selamat sampai kat cheras dlm 6.30 petang... singgahkan anak2 kat umah kakak aku kat cheras... then kitorg terus menuju ke tempat majlis menaiki LRT dari Terminal Bersepadu Selatan kat Bandar Tasek Selatan...

Habis majlis kitorg terus balik umah akak aku... bersihkan diri... solat n tidur... sempat lg menyinggah mkn kat restoran mamak sbb hubby aku kata tak kenyang mkn ms kat majlis... iyerlah hidangan Chinese Course.. mn bley mkn byk2.. he3...
Doorgift yang hubby aku dapat... bestnya kalau kat tpt keje aku pun camni... hik3...

Esok paginya (Sabtu) kitorg gerak plak ke penang... dlm 7.30... dengan anak2 tak mandi lg... berenti mandi dah kat R&R Gunong Semanggol.. iyerlah cuaca sejuk jerkan... nasib baik tak panas... n anak2 pun tido jerk spjg jalan... kitorg pi penang sebab nak antar pengantin sepupu aku... majlis bertandang sebelah lelaki... so kitorg sampai kat umah homestay tuk rombongan dalam 12.30 tghari... dalam pukul 1.30 gerak ler plak ke tempat majlis diadakan...
Rombongan dr pengantin perempuan bersama pegantin...

Petang tu juga... lps majlis terus gerak pi umah mak mertua aku tak Pendang.. kali ni angkut sekali mak abah aku yang dah ada kat penang ngan rombongan pengantin... sampai umah mak.. lepak-lepak n rehat...Ammar lagi berani dari Adam...

Esok paginya dalam pkl 9.30 pgi kitorg dah gerak balik... dan yang mencabarnya tuk aku kali ni sbb aku kn drive dr kedah sampai la ke johor... sebabnya hubby aku bw satu keta lagi yang kitorg kat kedah hr tu... pergh... penat giller... dan paling mencabar waktu tghari sbb nak melawan rasa mengantuk... iyerlah... sellau memanjang aku tidor.. la ni tak tidor plak... banyak kali gak berenti... dah ler dah lama tak bw jejauh mcm ni... plg ajuh pun aku slalu bw... kl johorjer... dl last aku bw dr kedah ke johor ms lps majlis aku kat kedah... ms tu hubby takder lg lesen... itu citer 6 thn dl... la ni kn bw lg... mmg mencabar betul...

kitorg sampai umah dlam 11.00 mlm... iyerlah bw anak2... karenah memanjang jerk... macamapun Alhamdulillah sbb kami selamat pergi dan selamat tiba di johor...Kuda Belang yang menemani kitorang di sepanjang perjalanan dr Utara ke Selatan...