Cantikkan tarikh tu... Sudah semestinya kita mengharapkan pada tarikh tersebut akan dilalui dengan saat-saat manis ataupun indah dalam seumur hidup kita... namun tak semua orang melalu perasaan itu... mungkin ada juga yang menghadapi saat-saat paling sedih dalam hidupnya dan contoh paling besar adalah kejadian kemalangan yang melibatkan 12 nyawa di lebuhraya pedas-linggi.... Takziah diucapkan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan itu...
Ok... berbalik pada yang asal... ada 2-3 perkara gak yang melibatkan aku n ahli kuarga pada tarikh ni...
10 Oktober 2010 - UTHM menganjurkan Majlis Konvokesyen yang ke-10. Pada majlis ini juga diadakan Majlis Pemasyhuran Pro-Canselor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim...
Pada Majlis Konvokesyen ini juga , buat pertama kalinya kalau aku tak silap, hari pertama ada 2 sidang... kalau konvo sebelum-sebelum ni satu sidang jerk... dan sebab majlis konvokesyen ni gak... aku tak ikut family aku pi Perak.....
10 Oktober 2010 - Kakak aku a.k.a Pn Zulina @ K Ayu, melangsungkan perkahwinannya di Perak... K Ayu ni sebenarnya sepupu yang mak aku jaga dari kecik lagi sampai dah besar... la ni aku plak jadi mcm mak aku jaga anak k ayu ni kat Johor.. tp jg dah besar ler... lps suami pertama k ayu ni meninggal...
mesti korang tertanya napa buat kat Perak, napa tak kat Jhor... sebab ayah dia merangkap pak ngah aku duduk kat perak.... Insya-Allah kalau takder aral... adalah kendurinya kat Johor nanti...
10 Oktober 2010 - Seperti yang aku citer kat atas tadi... ini merupakan tarikh kesedihan buat mereka yang terlibat dalam kemalangan meragut 12 nyawa tu... dan suami aku n family antara yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa on the way balik ke Johor setelah melihat Majlis Pernikahan K Ayu...
Adalah dalam 3 jam gak tersadai kat highway tu... aku risau gak kalau2 naka2 aku kelaparan dalam keta tu... sampai keta pun kena mati enjin... takut minyak abis...
Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah 12++ tgh malam... masing-masing sampai dengan muka kepenatan + kelaparan... Nasib baik aku dah standby masak kat umah.. sian kat Mr Hubby sbb dah ler drive sorang... Isnin plak keja.... tp nak buat camner... kita semua hanya mampu merancang... Allah jua yang menentukannya.....
No comments:
Post a Comment