Thursday, October 14, 2010

10.10.10 ( 10 Oktober 2010 )

Cantikkan tarikh tu... Sudah semestinya kita mengharapkan pada tarikh tersebut akan dilalui dengan saat-saat manis ataupun indah dalam seumur hidup kita... namun tak semua orang melalu perasaan itu... mungkin ada juga yang menghadapi saat-saat paling sedih dalam hidupnya dan contoh paling besar adalah kejadian kemalangan yang melibatkan 12 nyawa di lebuhraya pedas-linggi.... Takziah diucapkan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan itu...

Ok... berbalik pada yang asal... ada 2-3 perkara gak yang melibatkan aku n ahli kuarga pada tarikh ni...

10 Oktober 2010 - UTHM menganjurkan Majlis Konvokesyen yang ke-10. Pada majlis ini juga diadakan Majlis Pemasyhuran Pro-Canselor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Pada Majlis Konvokesyen ini juga , buat pertama kalinya kalau aku tak silap, hari pertama ada 2 sidang... kalau konvo sebelum-sebelum ni satu sidang jerk... dan sebab majlis konvokesyen ni gak... aku tak ikut family aku pi Perak.....

10 Oktober 2010 - Kakak aku a.k.a Pn Zulina @ K Ayu, melangsungkan perkahwinannya di Perak... K Ayu ni sebenarnya sepupu yang mak aku jaga dari kecik lagi sampai dah besar... la ni aku plak jadi mcm mak aku jaga anak k ayu ni kat Johor.. tp jg dah besar ler... lps suami pertama k ayu ni meninggal...

mesti korang tertanya napa buat kat Perak, napa tak kat Jhor... sebab ayah dia merangkap pak ngah aku duduk kat perak.... Insya-Allah kalau takder aral... adalah kendurinya kat Johor nanti...

10 Oktober 2010 - Seperti yang aku citer kat atas tadi... ini merupakan tarikh kesedihan buat mereka yang terlibat dalam kemalangan meragut 12 nyawa tu... dan suami aku n family antara yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa on the way balik ke Johor setelah melihat Majlis Pernikahan K Ayu...

Adalah dalam 3 jam gak tersadai kat highway tu... aku risau gak kalau2 naka2 aku kelaparan dalam keta tu... sampai keta pun kena mati enjin... takut minyak abis...

Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah 12++ tgh malam... masing-masing sampai dengan muka kepenatan + kelaparan... Nasib baik aku dah standby masak kat umah.. sian kat Mr Hubby sbb dah ler drive sorang... Isnin plak keja.... tp nak buat camner... kita semua hanya mampu merancang... Allah jua yang menentukannya.....

Wednesday, October 13, 2010

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Dah terperasan ms hari tu... kat FB Hazman buat giveaway ni untuk 50 bloggers wanita... so apa salahnya kan join...

Man... jgn lupakan Gee... gee nak gak... he3...

**********************************************************************************

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM dan dalam entry tue

link ke blog ini – http://hazmanfadzil.com

Setiap post entry yang telah diupdate sila letakkan link blog anda di ruangan

komen untuk rujukannya.

50 blogger wanita yang berjaya akan dihubungi melalui email masing2x.

Sungguh MUDAH bukan…. Jangan buang masa – jadilah 50 blogger terawal !!!

Saturday, October 9, 2010

Majlis Anugerah Naib Canselor (ANC)

Hari ini akan berlangsungnya Majlis ANC. semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancarnya... Aminn...

Friday, October 8, 2010

Sambel Godok Iwak Gereh...

Hwa ha3...

Apa tu? he3...

Sebenornya ni bahasa Jawa... almaklum lah... akukan anak Jawa... Mesti korang tertanya-tanya apa diakan... Sambel (Sambal) Godok (biasanya maksudnya rebus... tapi tuk kes ni... aku pun tak reti nak maksudkan dier apa...) Iwak Gereh (Ikan masin/ ikan kering...)

Ini aku rasa masakan Jawa... tp ada geng2 Jawa aku kata tak pernah makan... jd aku pun tak pastilah... sebab dr kecik aku dah biasa ngan masakan ni... One of my fav... fav hubby juga aku sejak dier jd org Johor... har3... (almaklumlah dia kan asal org utara.... :D)

Mak aku masak masa Marhaban PPA & Open House kengkawan ofis hubby aku, hari Ahad lepas (3 Oktober 2010).Kebetulan plak masa raya bali raya ke Kedah hari tu kitorang beli 2 ekor ikan masin talang.. so ikan masin tu lah yang kitorang gunakan tuk masak sambal ni... Gambar? tak dak... tak sempat nak amik... panas2 tu dah terus hidang kat meja...

Ada yang berminat nak cuba? Ni resepinya... (tp ikut style aku masak la)...

Sambal Godok

Bahan-bahan :
Cili padi (tumbuk)
Santan Pekat
Bawang Putih (tumbuk)
Bawang Merah (tumbuk)
Ikan bilis/ikan masin (ikan talang/ikan duri/ikan kapak) - ikut mana2 yg korang nak...
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa (Bagi yang tak guna, tak letak pun tak per... cm mak aku kata kurang kick skit la...)

p/s: kuantiti ikut suka korang... (aku biasa main agak-agak jerk) kalau nak pedas lebihkan cili padi... sambal ni kalau kuahnya (santan) pekat... dier lg sedap... tp jgn ler pkt sangat.. bayak lemak nanti... kalau cair sgt tak jd... hubby aku pun kata kalau cair... tak kick...

Cara-caranya :
1- Cili padi, bawang merah, bawang putih, secubit garam - ditumbuk
2-Masukkan santan dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk.
3-Masukkan ikan bilis/ikan masin.
4-Masukkan air sikit (jika perlu).
5-Masukkan gula sikit (bagi kurangkan pedas), serbuk perasa.
6- Dah didih... matikan...

**Api jgn besar sangat... nanti pecah minyak...
**Kalau guna ikan masin, jgn letak garam dulu... rasa dulu baru letak garam... bukan apa takut terlebih masin...
** Kalau guna ikan bilis boleh ditambah dengan bawang besar hiris, tauhu/tempe/terung/telur...


Ok... kalau dah siap... korang boleh ler makan bersama nasi dengan pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus, terung rebus dan lain-lain ulaman...

SELAMAT MENCUBA... :D

Tuesday, October 5, 2010

Foremilk & Hidmilk

**********************************************************

credit to : http://hanisamin.com/blog/breastfeed/foremilk-hindmilk/**********************************************************

Foremilk ialah susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

Hindmilk pula susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai tongue. Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Kedua-dua komponen ni sangat penting untuk bayi. Jadi, kalau kita sering bertukar-tukar B pada masa sekejap bayi cuma akan dapat susu cair dan tak dapat khasiat sepenuhnya.

Allah dah jadikan susu ibu tu sangat istimewa. Komponen susu ibu berbeza mengikut cuaca, umur malah bayi itu sendiri. Semasa cuaca panas susu awal akan lebih banyak dan membolehkan bayi menghilangkan dahaga. Manakala, masa sejuk susu pekat lebih banyak untuk menambah lemak.

Susu seorang ibu dengan ibu yang lain pun ada berbeza sedikit apatah lagi kalau diberi susu formula. sebab tu susu yang paling baik adalah susu dari ibu bayi sendiri. Paling baik secara direct breastfeeding, kemudian susu perahan fresh, diikuti susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan. Lepas tu barulah susu ibu dari ibu yang lain. Subhanallah, hebatnya Allah kan.

Supaya bayi dapat khasiat sepenuhnya, susukan bayi sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk sebelah B. Kalau bayi boleh minum sampai B betul-betul kosong lebih baik. Kemudian baru offer sebelah lagi kalau dia masih lapar.

Kalau dia dah kenyang, yang sebelah tu boleh la diperah untuk dijadikan stok supaya B tak bengkak sebelah.

Monday, October 4, 2010

Topsyturvymum First Lucky Draw

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!

16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.



S
yarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU